you may not be perfect for everybody... but for me you are:) and if i someone better than you? i promise i'll close my eyes,, cause i don't need someone better... all i need is YOU:) ♥
Followers
Welcome
Bismillah Welcome Message
Jul 16, 2011
Jul 10, 2011
Plot novel aku anak timur f1
Zarina dan keluarganya menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Sehipol, Amsterdam.
Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya Encik Ali tidak menunggu mereka seperti yang dijanjikan kerana ketinggalan kereta api.
Keluarga Zarina berkenalan dengan Mevrouw de Vries, iaitu tuan rumah sewa mereka.
Cuaca sejuk di negara-negara Eropah menyebabkan Zarina kurang selesa. Suhunya hingga 13C. Masyarakat Barat tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain. Mereka gemar membaca buku. Perjagaan kemudahan awam, seperti bilik air amat megagumkan Zarina.
Zarina dan keluarganya melawat ke kawasan penanaman bunga serta tempat-tempat bersejarah iaitu Castle yang dibina dalam kurun yang ke-17.
Zarina dan keluarganya berkenalan dengan seorang pemuda Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Neneknya berketurutan Indonesia dan dia dapat berbahasa Indonesia loghat Belanda. Seorang pemuda Belanda merungut kerana tidak tahan dengan bau masakan ibu Zarina.
Zarina dan keluarganya melawat ke Paris. Mereka melawat ke tempat-tempat yang bersejarah seperti bangunan Eiffel Tower. Mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan halal.
Niek mempelawa Zarina bersiar-siar. Niek memberitahu Zarina bahawa gadis-gadis di Belanda bebas memilih pasangannya sendiri. Mereka bebas sepenuhnya apabila telah berumur 21 tahun. Orang-orang Barat berjalan cepat dan kebusan ini sukar diikuti oleh Zarina. Persahabatan antara Zarina dengan Niek yang intim menimbulkan kebimbangan ibu dan ayah Zarina.
Lawatan ke London, sesuatu insiden berlaku, iaitu seorang pemuda mencuba masukkan bungkusan dadah ke dalam beg Zarina tetapi perbuatan pemuda itu berjaya dikesan.
Zarina semakin berani bertemu dengan Niek tanpa kebenaran ibu bapanya terlebih dahulu. Ayah Zarina melarangnya berkawan dengan Niek.
Zarina hampir diperkosa semasa menghadiri majlis hari jadi kawan Niek. Zarina memohon maaf atas kesalahannya daripada ayah dan ibunya. Zarina ingin memutuskan hubungan dengan Niek.
Zarina dapat merasakan perbezaan antara Timur dengan Barat. Dia mengaku bahawa dirinya anak Timur dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan Barat.

Jul 9, 2011
Plot novel f2
Plot novel ini dijalin menurut kronologi.
- Permulaan: Penceritaan dimulakan dengan kelahiran Hassan sehinggalah dia membesar dan belajar di Sekolah Pondok Kampung Sega, Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan. Walau bagaimanapun, sewaktu pendudukan Jepun pada Disember 1941, pengajian Hassan terhenti dan dia pulang ke kampung.
- Perkembangan: Datuk Hassan, iaitu Penghulu Ismail telah mengahwinkan Hassan dengan Siti Zabedah. Ketika itu Hassan baru berumur 17 tahun. Isteri Hassan, ibu mentua, nenek mentuanya, dan nak buah isterinya telah dibunuh oleh pihak Bintang Tiga selepas Jepun menyerah kalah. Kemudian Penghulu Ismail pula di tangkap oleh pengganas komunis kerana disyaki bekerjasama dengan Jepun. Selepas kejadian itu, Hassan mengambil keputusan untuk menyertai Kor Rejimen Askar Melayu. Hassan kemudiannya diserapkan ke Rejimen Kedua Askar Melayu di Kem Bagan Pinang, Port Dickson. Selepas itu, Hassan telah diukarkan ke beberapa tmpat sehinggalah dinaikkan pangkat sebagai koperal dalam Pasukan Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu. Dalam menjalankan tugasnya, Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Ladang Sungai Kawang. Hari tersebut juga merupakan hari pertunangannya denagan Siti Aisyah Haji Bujang. Pada 16 November 1953 Hassan telah bertempur dengan pengganas komunis di Pahang.
- Klimaks: Hassan mengetuai satu gerakan di kawasan Waterfall Estet. Dalam gerakan tersebut, beliau berjaya menumpaskan usaha pengganas komunis yang hendak bermesyuarat untuk menggagalkan sambutan Hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Seterusnya, Hassan gagal dalam peperiksaan kenaikan pangkat. Pada 5 Ogos 1962 , perkhidmatan Hassan ditamatkan tanpa sebarang sebab. Beliau turut gagal mendapatkan pencen kerana tidak memenuhi syarat walaupun telah berkhidmat selama 16 tahun. Hassan membuat rayuan kepada Menteri Pertahanan, iaitu Tun Abdul Razak. Akhirnya, Hassan diterima untuk menyambung perkhidmatannya semula dalam Pasukan Askar Wataniah.
- Peleraian: Kapten Hassan diarahkan bertugas di beberapa tempat semsa berlaku konfrontasi dengan Kerajaan Republik Indonesia. Setelah konfrontasi tamat pada bulan Ogos 1966, Kapten Hassan mengambil keputusan untuk bersara pada 30 September 1967. Selepas bersara, beliau menceburi bidang perniagaan dan aktif dalam politik. Pada 30 April 1991, pukul 4.30 pagi, Hassan telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Seremban kerana sakit lemah jantung.
PLot NOvEl F3
Analisis Novel Merdeka ! Merdeka !
Penulis Novel: A. Rahman Hanafiah
PLOT
PERMULAAN
Kudin dan rakan-rakan serta orang-orang Kampung Teras Jernang berjuang untuk mempertahankan kampung meraka daripada ditawan oleh komunis. Kudin mengetuai pemuda kampung dan sentiasa bekerjasama dengan penduduk kampung menentang penjajah. Kudin terkejut kerana dipilih mewakili angkatan pemuda ke Kuala Lumpur untuk menyampaikan ucapan. Kampung Teras Jernang menjadi sasaran pengganas menyebabkan kehidupan orang kampung tertekan. Penduduk kampung membina kubu untuk mempertahankan kampung mereka.
PERKEMBANGAN
Kudin menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur mewakili Persatuan Pahlawan Kemerdekaan Gerik. Dia juga diminta untuk menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung.
PERUMITAN
Ayah Kudin (Pak Awang) diugut supaya meninggalkan persatuannya itu dan bekerjasama dengan pihak Inggeris. Namun begitu, dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dengan Inggeris. Kisah kehilangan Bustam di dalam hutan menimbulkan kebimbangan Pak Awang sehngga mendorongnya memasuki hutan untuk mengesan Bustam. Pak Awang hilang ketika mencari Bustam yang telah dilarikan oleh pengganas komunis. Akhirnya, Pak Awang telah mati dibunuh oleh pengganas komunis.
KLIMAKS
Kudin berangkat ke Kuala Lumpur walaupun ayahnya masih belum ditemui. Perhimpunan agung yang berlangsung di Kuala Lumpur mendapat sambutan yang hangat. Perhimpunan yang dihadiri oleh orang-orang Melayu itu turut disertai oleh pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh Melayu. Penerangan daripada Dato’ Onn berjaya mempengaruhi Raja-raja Melayu supaya menentang penubuhan Malayan Union dan bersetuju sebulat suara untuk tidak menghadiri pengisytiharan Malayan Union. Hal ini, menyebabkan majlis perasmian Malayan Union gagal.
PELERAIAN
Walaupun Malayan Union gagal ditubuhkan, namun Dato’ Onn tetap mengingatkan semua orang bahawa perjuangan mereka masih belum selesai. Dato’ Onn menyeru orang Melayu agar bersatu untuk meneruskan perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Subscribe to:
Posts (Atom)