Followers

Welcome

Jul 10, 2011

Plot novel aku anak timur f1

Zarina dan keluarganya menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Sehipol, Amsterdam.
Ibu Zarina berasa cemas kerana suaminya Encik Ali tidak menunggu mereka seperti yang dijanjikan kerana ketinggalan kereta api.
Keluarga Zarina berkenalan dengan Mevrouw de Vries, iaitu tuan rumah sewa mereka.
Cuaca sejuk di negara-negara Eropah menyebabkan Zarina kurang selesa. Suhunya hingga 13C. Masyarakat Barat tidak mengambil peduli tentang masalah orang lain. Mereka gemar membaca buku. Perjagaan kemudahan awam, seperti bilik air amat megagumkan Zarina.
Zarina dan keluarganya melawat ke kawasan penanaman bunga serta tempat-tempat bersejarah iaitu Castle yang dibina dalam kurun yang ke-17.
Zarina dan keluarganya berkenalan dengan seorang pemuda Belanda yang bernama Niek Van Hoeve. Neneknya berketurutan Indonesia dan dia dapat berbahasa Indonesia loghat Belanda. Seorang pemuda Belanda merungut kerana tidak tahan dengan bau masakan ibu Zarina.
Zarina dan keluarganya melawat ke Paris. Mereka melawat ke tempat-tempat yang bersejarah seperti bangunan Eiffel Tower. Mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan halal.
Niek mempelawa Zarina bersiar-siar. Niek memberitahu Zarina bahawa gadis-gadis di Belanda bebas memilih pasangannya sendiri. Mereka bebas sepenuhnya apabila telah berumur 21 tahun. Orang-orang Barat berjalan cepat dan kebusan ini sukar diikuti oleh Zarina. Persahabatan antara Zarina dengan Niek yang intim menimbulkan kebimbangan ibu dan ayah Zarina.
Lawatan ke London, sesuatu insiden berlaku, iaitu seorang pemuda mencuba masukkan bungkusan dadah ke dalam beg Zarina tetapi perbuatan pemuda itu berjaya dikesan.
Zarina semakin berani bertemu dengan Niek tanpa kebenaran ibu bapanya terlebih dahulu. Ayah Zarina melarangnya berkawan dengan Niek.
Zarina hampir diperkosa semasa menghadiri majlis hari jadi kawan Niek. Zarina memohon maaf atas kesalahannya daripada ayah dan ibunya. Zarina ingin memutuskan hubungan dengan Niek.
Zarina dapat merasakan perbezaan antara Timur dengan Barat. Dia mengaku bahawa dirinya anak Timur dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan Barat.