Followers

Welcome

Nov 26, 2011

Chelsea Masih Boleh Juara – AVB

Chelsea Masih Boleh Juara – AVB


KEMENANGAN selesa Chelsea 3-0 ke atas Wolves di Stamford Bridge, malam tadi membuatkan pengurusnya, Andre Villas-Boas kembali menyatakan bahawa mereka masih mampu untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris, musim ini.
Namun pengendali berusia 34 itu mengaku masih berada dalam tekanan untuk memastikan Chelsea terus berada di kelompok teratas dan keputusan perlawanan sepanjang Disember ini bakal menjadi penentu.
Chelsea jatuh ke tangga kelima selepas tewas dua daripada tiga aksi sebelum ini tetapi kemenangan ke atas Wolves hasil jaringan John Terry (7), Daniel Sturridge (29) dan Juan Mata (45) itu membolehkan Chelsea kini kekal di tangga kelima dengan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.
“Saya rasa kami masih mampu bergelar juara liga. Kami memiliki kebanyakan pemain yang sama ketika memenanginya sebelum ini. Kami turut memiliki bakat muda. City pula bakal bertemu Liverpool (12 tengah malam ini) untuk satu perlawanan yang sukar.
“Kami perlu mengekalkan rentak kemenangan supaya sentiasa tidak berada dalam jurang mata yang agak jauh dengan pasukan pendahulu,” kata Villas-Boas. – mynewshub.my