Followers

Welcome

Jan 31, 2011

Planet Baru Seperti Bumi....

Subhanallah….Betulkah planet baru yang ditemui ini menyerupai bumi dan boleh menampung kehidupan? Kalau benar, adakah penduduk bumi akan berpindah ke sana? wallahu a’lam….

Penemuan Planet Seperti Bumi....

Menurut akhbar BBC hari ini, ahli astronomi telah mengesan sebuah planet ekstrasolar seperti Bumi yang mungkin mampu menyokong kehidupan.
Planet yang dinamakan Gliese 581g terletak sekitar 20 tahun cahaya di zon bintang “Goldilocks.” Suhu permukaan kawasan tersebut membolehkan kewujudan air.
Penemuan mereka dibuat melalui teleskop Keck di Hawaii.
Para penyelidik dari Universiti California di Santa Cruz (UCSC) dan Carnegie Institution of Washington, telah mempelajari pergerakan bintang induk planet, yang kerdil merah yang disebut Gliese 581, selama 11 tahun.
Pengamatan mereka telah mendedahkan sejumlah exoplanets berputar di sekitar bintang.
“Penemuan kami meunjukkan kes yang sangat menarik bagi planet yang berpotensi dihuni,” kata Steven Vogt, seorang ahli astronomi di UCSC.
Namun tidak seperti bumi, ia mempunyai satu sisi yang sentiasa menghadap matahari dan sisi yang lain terus-menerus dalam gelap. Jadi di antara kedua-dua belah pihak, di antara bayangan dan cahaya, boleh menjadi kawasan di mana kehidupan berpotensi dapat berkembang.
Penemuan ini tidak lain dan tidak bukan menunjukkan kehebatan dan kebesaran Allah SWT.
Ia bersesuaian dengan ayat-ayat Al-Quran :
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” (QS Fushilat: 53)
“Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kepunyaan-Nyalah kerajaan langit dan bumi, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.”(QS Al-Hadid: 1-2)
“Dia Pencipta langit dan bumi.” (QS Al An’am:101)
“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (QS Adz-Dzariyat:47)

video penemuan planet lain, planet alien seperti bumi dari NASA. gambar dan foto lengkap planet alien

Sumbangan Teknologi Angkasa Lepas...

Oleh : Siti Harwani Md Yusoff
Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang anak Malaysia ke angkasa lepas, pelbagai isu diperdebat  tentang kepentingan negara membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam industri angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Walaupun mendapat sokongan  saintis dalam bidang angkasa lepas seperti Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia,Tun Dr Mahathir, masih ramai yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas. Tetapi tidak ramai yang sedar bahawa bidang aeroangkasa atau lebih khusus teknologi angkasa sebenarnya menyumbang peratusan yang tinggi dalam kajian dan pembangunan teknologi canggih yang berjaya diaplikasikan untuk kegunaan awam.
Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet Union (sudah berkubur) ketika itu, banyak misi telah dirancang untuk meletakkan manusia tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan dan berjaya disempurnakan. Proses untuk menyempurnakan sesebuah misi tersebut telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi angkasawan, kesan persekitaran angkasa terhadap  fisiologi dan fizikal  angkasawan, keperluan alatan yang ergonomik untuk membantu angkasawan bekerja di stesen angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa. Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengenai pembekalan nutrisi  yang senang dihasilkan, berkualiti tinggi dan mencukupi untuk kru angkasa di samping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen kitar semula.
Contoh lain adalah hasil kajian NASA dan Stanford University untuk melihat kesan mikrograviti pada perkembangan tulang angkasawan sehingga membawa kepada penciptaan “the Mechanical Response Tissue Analyzer (MRTA)” , sebuah alat yang digunakan untuk membantu rawatan pesakit osteoporosis dan gangguan metabolik tulang.
Gambar 1. Alat MRTA yang digunakan untuk pesakit tulang
Teknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya. Dengan mengadaptasi kecanggihan perisian dan sistem berkomputer di sebuah stesen bumi (Pusat Kawal dan Perintah di Bumi), aliran trafik di seluruh lebuh raya dapat dipantau dan jika berlaku kemalangan ia dapat dikesan dalam masa 2 minit sahaja berbanding 20 minit pemantauan secara manual.
Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit intipan kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara. Selain untuk tujuan pandu arah, teknologi ini juga membantu kepada pemanduan hijau (Green Drive) yang mana pemandu akan dibantu untuk memilih jalan yang kurang sesak, diberi panduan tentang keadaan jalan dan kawasan kerja penyelenggaraan. Maklumat ini digunakan untuk memberi cadangan kepada pemandu untuk memecut, menekan brek atau berada pada kelajuan tetap dan pada masa yang sama dapat menjimatkan petrol dan masa. Teknologi ini juga digunakan untuk mengatur jadual bas yang fleksibel berdasarkan permintaan di kawasan pedalaman di Belgium.
Gambar 2. Teknologi navigasi yang digunakan untuk Pemanduan Hijau (Green Drive)
Terdapat juga alat yang dicipta oleh European Space Agency (ESA) yang digunakan di stesen angkasa lepas untuk mengesan bahan kimia dan bertindak sepatutnya digunakan di stesen metro Stockholm. Alat tersebut yang dikenali sebagai Sistem Hidung Elektronik (Electronic Nose) mempunyai penderia yang bertindak seperti hidung manusia yang digunakan untuk mengesan bau. Bau yang dikesan dihantar kepada sistem komputer dan perisian akan mencirikan dan mentafsirkan jenis bau tersebut dan memberi arahan kepada komputer  tentang tindakan yang perlu diambil. Sistem ini dapat membantu untuk mengesan bahan kimia berbahaya di dalam stesen kereta api bawah tanah.
Gambar 3 . Sistem Hidung Elektronik (E-Nose) yang tercipta hasil dari kajian teknologi angkasalepas
Contoh-contoh yang diberi dalam artikel ini cuma sebahagian kecil sahaja sumbangan teknologi angkasa untuk kemaslahatan orang ramai. Sehingga kini masih banyak lagi ruang dalam bidang penyelidikan angkasa lepas yang perlu diterokai dan yang pastinya akan memberi impak yang besar kepada kecanggihan teknologi suatu hari nanti. Ini kerana revolusi teknologi tidak ada titik noktahnya, ia akan berhenti apabila manusia berhenti bermimpi.

Jan 14, 2011

My besday!!!

about my besday...
nothing special about my besday...
no cake..to celebrate it...
but it fine..
coz all my friend have wish at me...
I should tengs to you all....buddies....friend for ever...
tp x tau laa plak yg dy nie ntah ingat ari jd aq ker idak...
tp arap2 laa dy ingat....
heheheh.....
kalo bleh ksi adiah skali....
heheheh...